Baru-baru ini tular mengenai persembahan pelakon Fazura ketika di konsert Tombo Ati Ridho Illahi Opick dan Salman Al Jugjaqy berlangsung ada Sabtu lalu.
Menerusi video tular di media sosial. Fazura dilihat sedang asyik menyampaikan lagu Jika Cinta Allah nyanyian asal oleh Ahmad Dhani.
BACA: “Tidak Berkawan, Tidak Semestinya Memusuhi” – Fazura
View this post on Instagram
Namun, ramai berpendapat nyanyian Fazura itu ‘hancur’biarpun dia dilihat menyanyi dengan penuh perasaan serta terlalu yakin dengan vokalnya.
“Diam Fazura diam! Yakin sangat tengoknya tu.
“Fazura semua benda saya suka dekat awak kecuali menyanyi. Lebih baik fokus kepada lakonan sahaja,” kata netizen
Malah, ada juga segelintir netizen yang meminatinya meminta Fazura agar fokus pada lakonan sahaja.
“Ini buktinya Fazura memang tak peduli apa orang nak kata, yang penting dia buat apa yang dia nak buat. Keep on going Faz!
“Dia menyanyi bukan sebab suara dia sedap tapi hiburan untuk peminat dia,” komen netizen lain pula.
Bagaimanapun, ramai yang tetap memuji usaha Fazura melakukan sesuatu perkara sehabis baik meskipun dikecam ramai.
Difahamkan, konsert yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur itu turut menampilkan artis tempatan seperti Amir Masdi, Zizi Kirana, UNIC, Adi Priyo dan Yabang Khalifah.