fbpx

Nyanyian Padu, Nabila Razali Dipuji Menyanyi Live

Suara penyanyi Nabila Razali dipuji oleh netizen ketika membuat persembahan mendendangkan lagu Tak Segampang Itu nyanyian asal penyanyi Indonesia, Anggi Marito di program Wow Dah Gaji semalam. 

Rata-rata netizen mengatakan Nabila membawakan lagu tersebut dengan penuh penghayatan dan sedap didengar.

BACA: Nabila Razali Teman Encik Tunang Lumba Kereta?

Malah, netizen memuji semangat penyanyi itu yang terus bangkit meskipun berapa kali berdepan kegagalan ketika menyanyi live sebelum ini.

“Saya suka semangat dia. Kalau kita kat tempat dia bermacam tohmahan mesti dah jadi macam Sissy Iman tapi dia sentiasa bangkit selepas beberapa kegagalan nyanyi ‘live’ tetap juga ambil tawaran nyanyi ‘live’.

“Terbaik Nabil. Sentiasa maju ke depan dan kekal positif,” kata seorang netizen.

Malah, ramai yang kagum dengan nyanyian Nabila secara live itu serta memuji bahawa suara penyanyi itu sememangnya sedap didengar.

“Lembut sekali suaranya. Sedapnya dia nyanyi. Nabila ini suaranya memang sedap didengar. Cuma tak boleh (nyanyi) tinggi-tinggi. Suka saja dengar.

“Dari dulu suka tengok Bella (Nabila). Kadang nak nyanyi ini tak perlu pun jerit-jerit. Cukup ‘feel’ enak jadinya,” katanya.