fbpx

Nurul Syuhada Rancang Timang Cahaya Mata Tahun Ini

Tidak menyangka populariti meningkat selepas kontroversi dia dikecam teruk warga Sarawak selepas tersalah cakap mereka masih daif, Nurul masih dilihat mengacara rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) setiap Selasa dan Khamis.

Menurut Nurul Syuhada, dia kini masih setia bersama TV3 sebagai pengacara sambilan namun memperjelaskan telah meletakkan jawatan sebagai wartawan penyiaran untuk menumpukan masa kepada rumahtangga dan lanjutkan pelajaran.

Jelas pengacara baru bagi rancangan islamik Da’I Pendakwah Milenia terbitan TV3, Nurul Syuhada berasa teruja untuk memberitahu bahawa tahun ini dia dan suami telah merancang untuk memiliki cahaya mata.

Berkahwin pada tahun 2011, pasangan Nurul Syuhada dan juga Raja Amir tidak sabar untuk memiliki keluarga kecil sendiri.

Menurut Nurul Syuhada lagi, pada tahun ini banyak perancangan telah direncanakan selain untuk memiliki anak, Nurul bakal melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya pada bulan hadapan ke peringkat master dalam bidang Science, Technology & Sustainability.