Lama tidak muncul di kaca televisyen kerana hamil, hari ini adanya berita baik yang disampaikan sendiri oleh pengacara TV3 ini iaitu Nurul Syuhada Nurul Ain melalui program Malaysia Hari Ini (MHI) pagi tadi — beliau sudah selamat bersalin.

Nurul Syuhada Nurul Ain melalui panggilan telefon dari studio memaklumkan yang beliau sudah selamat melahirkan anak kembar semalam. Pengacara sambilan ini dan suaminya, Raja Amir Shah Raja Azwa dikurniakan seorang bayi perempuan dan seorang bayi lelaki.

Untuk pengetahuan anda semua, proses kelahiran dibuat secara normal untuk seorang bayi dan manakala seorang lagi melalui proses pembedahan.

“Wajah anak saya ni sukar untuk dipastikan mengikut wajah siapa. Bukan apa, dia masih bayi dan kadangkala susah nak memastikannya,“ begitulah lebih kurang kata Nurul ketika bercakap kepada MHI melalui telefon, lapor My Artis hari ini. Tahniah! (rtky/m)