fbpx

Rani Kulup Cuba Pikat Nur Sajat Pula?

Kehadiran Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) iaitu Abdul Rani Kulup Abdullah sebenarnya sedikit sebanyak bagaikan menjadi bahan hiburan kepada warga laman sosial. Baru-baru ini, Rani Kulup sekali lagi menjadi perhatian apabila menjelaskan mahu cuba mendekati Sajat.

BACA: “Rani Kulup Tiada Ciri Lelaki Idaman Saya”

Video yang dimuatnaik di Facebook itu adalah reaksi Rani Kulup apabila ada warga laman sosial yang bertanyakan sama ada dia mahu cuba memikat Sajat selepas lamarannya terhadap Vida sebelum ini ditolak mentah-mentah.

“Boleh, nanti ayah try Sajat. Tapi Sajat ok. Berbaik dengan dia, kau bagus. Jangan lawan dia, dia orang banyak duit tau. Jangan main-main. Muka dia pun cantik. Ayah pun nak putih macam dia juga,” katanya dipetik daripada portal MalaysiaKini.

Adakah usaha Rani Kulup berjaya, tidaklah kami ketahui namun semoga Rani Kulup akan sentiasa relevan dalam memeriahkan indsutri seni tanah air. (rtky/s)