fbpx

Bakal Doktor, Anak Sulung Johan & Ozlynn Sambung Belajar Di Ireland

Memetik portal Astro Gempak, anak sulung pasangan selebriti, Johan dan Ozlynn iaitu Ariq telah berangkat ke luar negara untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Dublin, Ireland semalam.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Ozlynn turut memuat naik video dan gambar momen anaknya itu bersama keluarga.

BACA: Johan, Ozlynn Timang Cahaya Mata Keenam

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Ozlynn berkata meskipun anaknya itu sudah meningkat dewasa namun tetap manja dengan mereka, malah adakalanya masih tidur dengan Johan.

“Tak malu dah besar panjang mintak dukung, mintak suap makan, mintak korekkan telinga, mintak potongkan kuku, mandi kalau papa dia ketuk suruh bukak pon dia selamber jek bukak. Tidur ketiak papa lagi.. kadang mintak papa buatkan susu sebelum tidur,” tulisnya.

Ozlynn berkata Ariq kini perlu hidup berdikari serta mendoakan semoga Allah sentiasa memelihara anaknya itu dan dipermudahkan segala urusan dalam menimba ilmu.

“Ya Allah, peliharalah anak kami Ariq, permudahkanlah segala urusannya, terangkanlah hatinya dalam menimba ilmu, kuatkan imannya dlm beribadah.. Cekalkan hatinya dalam menempuh ujianmu dan berkatilah setiap ilmu dan rezeki yang kau berikan aamiin,” ujarnya.

Selain Ariq, Johan dan Ozlynn turut dikurniakan lima lagi cahaya mata iaitu Sodiq, Haziq, Cantiq, Moleq dan baru menimang seorang lagi cahaya mata pada 3 September lalu.