fbpx

Nur Izzara Permata Hati Alyah & Ramli MS

Perkongsian penyanyi Datin Alyah menjadi perhatian ramai apabila memperkenalkan orang baru dalam rumah tangganya bersama pemuzik terkenal, Datuk Ramli MS iaitu seorang bayi perempuan diberi nama Nur Izzara.

Menerusi entri itu, Alyah berkata kehadiran cahaya mata itu satu rahmat buat rumah tangganya serta menyifarkan ianya perancangan terbaik daripada Allah.

BACA: Diserang Vertigo, Alyah Minta Doakan Kesihatan Tok Ram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

“Bila kita mencari cinta dunia byk hati hati yang kecewa dan hati kita juga malah hancur dan remok tapi bila kita mencari cinta Allah swt segalanya seperti mimpi yang indah 

“Nur izzara hadir dalam hidup kami tidak pernah kami terfikir dalam perancangan kehidupan yang kami lalui dan sesungguhnya Engkaulah perancang terbaik bagi setiap hambamu,” tulisnya.

Dalam pada itu, Alyah turut mengucapkan terima kasih buat keluarga dan saudara mara yang membantu menyempurnakan majlis cukur jambul dan akikah anak angkatnya.

“Terima kasih buat Abang Ajis dan Kak Chik sekeluarga menguruskan segala-galanya untuk majlis akikah cukur jambul Izzara dan kenduri doa selamat buat saya sebelum menunaikan haji.

“Terima kasih adik beradik yang datang dari jauh, pakcik makcik juga saudara mara, ipar duai yang datang dari Singapura. Hanya Allah SWT sahaja mampu membalasnya.

“Terima kasih buat sahabat handai yang sudi bertandang memeriahkan lagu majlis kami dari jauh dan dekat. Terima kasih sangat-sangat,” tulisnya.