Pelakon yang mulai popular menerusi siri TV Gol & Gincu, Nur Fazura bersyukur dengan penerimaan peminat terhadap label fesyen yang diterajui House Of Doll dan kini dalam perancangan membuka sebuah restoran yang mana bakal menggunakan jenama yang sama.

Menurut pelakon yang baru sahaja tamat penggambaran di Konya & Capadoccia, Turki Fazura sempat berkongsi satu menu mereka yang amat digemarinya dan mahu diletakkan di dalam menu di restoran yang bakal dibuka nanti.

“Ada satu turkish dish ini yang amat saya gemari, dia diperbuat dari roti dan rasanya pun sangat sedap. Sampai sekarang saya masih terbayangkan keenakkan makanan tersebut dan inshaallah, say akan masukkan di dalam menu nanti,” ujarnya yang ditemui di majlis pelancaran Lux Scentsational Lounge, semalam.

Amat meminati makanan itu merupakan antara sebab perniagaan makanan menjadi pilihannya namun begitu Fazura bagaimanapun tidak mahu bercerita lanjut mengenai restoran yang dijangka bakal dibuka di Sabah dan Sarawak nanti kerana semuanya masih dalam perancangan.

“Saya bercadang buka restoran di sana kerana memikirkan ramai juga peminat saya yang berasal dari sana dan tidak dapat turun ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan saya. Saya terharu dengan effort mereka. Restoran ini kiranya sebagai tanda terima kasih kepada mereka.”

Ditanya tentang keseimbangan raut wajahnya yang kekal cantik ditambah bentuk badan yang menawan Fazura dengan nada bergurau menekankan senaman amat penting untuk kekal bertenaga seperti sekarang.

“Walaupun Faz suka makan, tapi workout 3 kali seminggu tak lupa. Itu yang Faz amalkan, serta Faz juga akan pastikan memakai syampu rambut dan juga perapi dari bahan organik sahaja”