Nur Fathia Nafi Buat Perangai Di London
Hujung minggu lalu menerusi laporan Berita Harian, Nur Fathia khabarnya telah menunjukkan sikap kurang disenangi semua krew produksi drama Ariana Rose selepas kerap hadir lambat ke lokasi selain tidak menghafal skrip.
Laporan itu juga ada menyebut yang kelewatan & kegagalan Nur Fathia untuk menghafal ketika penggambaran episod akhir di London telah menyebabkan pasangan dalam drama tersebut, Keith Foo terpaksa menahan kesejukan akibat penggambaran berulang.
Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Nur Fathia menafikan semua dakwaan tersebut dengan berkata wujud perselisihan faham tentang jadual penggambaran kerana mereka semua duduk bilik berasingan selama lapan hari di sana.
“Dakwaan saya tidak berdisiplin dan buat hal di set penggambaran tidak tepat. Saya juga tidak pernah tidak menghafal skrip. Sebaliknya untuk memberikan yang terbaik, selalunya saya akan melakukan latihan dua tiga kali,” jelas Nur Fathia.
“Malah, ada juga berlaku salah faham berkenaan jadual penggambaran kerana kami tidak tinggal sebilik. Tiada istilah saya lambat sampai membiarkan Keith Foo kesejukan”
“Mengikut kontrak sepanjang di sana saya dibenarkan berehat selama tiga hari, tapi kebanyakan masa rehat ditarik balik untuk melunaskan penggambaran”
“Sehingga tiba hari terakhir, saya terpaksa bertegas untuk meluangkan masa bersama adik perempuan saya sebelum menghantarnya pulang ke Dublin. Lagipun, penggambaran untuk promosi drama Ariana Rose sudah dibuat pada malam sebelumnya,” tambahnya lagi.
patutlah episode akhir sangat boooringg.. mendatar saja.
tak minat ngan fathia. asyik2 buat muka sebek, jelous melulu, love you keith foo <3
Dah agak dah …patut dlm IG tengok tak dak dia bergambar ngan Nabila lsg. Perasan hebat sangat ke?? Tak minat….Ariana Rose tu nasib ada watak Nabila…kalau tak boring.
ye ye je fatia ni.. mcm2 da gosip dgr pasal ko tau x
Walaupun dah explain, especially pasal insiden hari last kt London tu, still org nk ckp mcm2. Ni namanya sakit hati dan dengki.
kalo wartawan, pelakon n producer pon dok ckp bende yg sama pasal si patiyah ni xkn la fitnah n sakit hati n dengki bagai…
xkan semua denki nk bash ko patiyah klo bukan ko yg buat perangai…duh
Dorang tu semua paling bengang dgn issue lambat/ tak menepati masa dia tu je. Lps tu, menular laa kat benda2 lain. Tp arianarose tu meletup kot? And fathia is one of the main contributor. Kena igt tu. Org tu explain on her behalf pun korang dok hentam dia lg. So ape je medium yg dia ada?!! Huh. Buang yg keruh amik yg jernih sudah.
adam kamil i likeeee
buat fathia , abaikan mereka yang tak bertauliah fathia ..part u dah settle ..u dah explain ..u pandang je ke depan yer ,hirau kan saja mereka2 yang tak bertamadun ni ,tak mendatangkan hasil pun ..tiada sapa yang sempurna ..even u dah buat yang terbaik pun,masih ada yang mempertikaikan .. u go girl ,minat je kan berlakon?bukan nak kerja tetap kan berlakon? u habiskan law studies dulu ,buat chambering and praktis kat firm ya!!
#dalam setiap sujud masih terasa kehebatan azlee&fathia
Alah bukan dia sorang ada degree law le….Lisa Surihani pun ada…..tak yah kecoh sangat pasal degree law tu.
thg, betul tu. Tapi tak pasti lah apa yg diorang maksudkan dgn memanggil Thia tu “diva”. Perangai diva tu diorang maksudkan tu ialah sikap datang lambat dan ‘kedegilan’ Thia tak nak shoot promo pada waktu siang hari last kt London tu ke? Takdalah “diva” sgt. Thia pun dah explain bab gaduh pasal shoot promo tu. Bila diorang menggelar Fathia “diva”, mesti orang fikir Thia ni demanding, banyak songeh, minta orang buat kan tu buat kan ni, kipas kan dia, tak layan krew ke apa ke. Rasanya Thia tak macam tu pun…
Siapa yg kecoh pasal education Thia? Thia pun belum habis degree lg. Rasanya lebih bagus kalau dia fokus 100% habiskan studies dulu. Tapi ikut dia la macam mana dia nak. Eh, memandangkan nano sebut Lisa Surihani, nak tanya sikit, Lisa tu humble tak macam Thia?
Optimist, Tak rasa laa thia mcm tu. Dia tu nampak gila2 laa. Cool je. Takde makna nak diva smp soh org kipaskan ke ape ke. Rasanya dorang refer diva tu sbb kes dia yg selalu dtg lambat smp buang masa org lain tu kot? Psl promo kat london tu pun, rasanya dia bertegas taknak buat sbb malam before tu dah buat dah. Tp myb shoot tak brp nak cantik, so esoknya dorang soh buat lg sekali. Kalau dia free, i dont think she would mind. Tp dia pun ada commitment sendiri nak spend time dgn adik dia masa kat sana and kebetulan, last day tu adik dia pun dah nk blk dublin tak silap. Ada laa reasons dia tu. Dia pun bukan bodoh nak burukkan nama dia sendiri. Hadoi.
helo nanok ..ada ke aku mention pasal degree law sengal?dasar tak bertamadun,bahasa melayu pun susah sangat nak faham kan..sedih sangat!
dah aku aku taip,habiskan law degree dulu ,tu makna nya dia on going nak menghabiskan pengajiannya..sedih sangat korang ni..
Nanok yang tak bertamadun,nak sound org baca dulu statement sampai habis..aku follow fathia ni and dia pernah mention education is number one ,berlakon ni hanya menjana pendapatan saja..
kahkah..fathia punya idup,yang korang bergaduh ni pehal..
fully agreed with dahlia..Luv u fathia
thg, tu lah. Manusia ni macam-macam… Thia dah explain pun still ada comments yg tah apa apa…