fbpx

Nubhan Dikecam Tak Kerja, Hidup Ditanggung Isteri

Kadang-kadang tidak faham juga dengan manusia yang sentiasa ada masa untuk mempertikaikan kehidupan orang lain di laman sosial sedangkan diri sendiri entah buat apa pun. Nubhan yang merupakan penyanyi turut menerima nasib sama apabila dia dituduh oleh segelintir netizen kononnya dia ditanggung isteri.

BACA: Nubhan Bakal Jutawan Muda

“Komen-komen pedas itu saya nampak sejak kebelakangan ini apabila saya memuat naik foto atau video berkaitan isteri. Mereka tidak nampak saya di televisyen atau mengadakan persembahan dan menjangka saya tidak ada sumber pendapatan dan ditanggung isteri,” jelasnya kepada mStar Online.

Apa yang pasti, jika netizen yang meninggalkan komen tersebut benar-benar peminat Nubhan, pastinya mereka mengetahui apa yang diusahakan oleh Nubhan setelah sekian lama walaupun dia kini tidak lagi aktif menynyanyi.

“Mereka mungkin ingat saya hanya menyanyi sahaja dan bila tiada di TV mereka sangka saya tidak ada duit. Mereka tidak tahu saya ada menjalankan perniagaan kosmetik dan sibuk setiap hari sehingga tiada masa untuk muat naik gambar selfie dan melakukan kerja seharian,” katanya.

Nubhan dan isteri bernikah pada 2016 dan kini dikurniakan anak perempuan berumur setahun. Buat Nubhan, jangan layan sudah komen sebegitu, fokus pada perniagaan lagi baik. (rtky/s)