Nubhan AF Tiada Niat Menunjuk, Ingin Kongsi Kenangan Bersama Peminat
Hanya berniat untuk berkongsikan gambar dan juga kenangan manis bersama peminat ketika berbulan madu di Eropah, ada segelintir pihak yang mempertikaikan tindakan Nubhan AF dan menhyifatkan dia mahu menunjuk-nunjuk.
BACA: Sekitar Percutian Bulan Madu Nubhan Di Eropah
“Saya rasa perkara itu normal dilakukan oleh orang lain juga ketika berada di luar negara, malah yang duduk Malaysia pun banyak ambil gambar dan muat naik di laman sosial, inikan pula kalau kita pergi ke negara lain”
“Saya teralu teruja sebab itu saya kongsi kenangan manis yang saya lalui itu di laman sosial. Lagi pula itulah tujuan laman sosial diwujudkan. Gambar saya bersama isteri yang dimuat naik adalah gambar biasa sahaja, kalau gambar peluk pun tidaklah ia keterlaluan”
“Lainlah kalau gambar tersebut gambar bercium atau isteri saya berpakaian seksi yang benar-benar menyentuh sensitiviti,” jelasnya kepada mStar Online sambil menyatakan dia tidak mahu terlalu mengambil serius kritikan negatif yang dilemparkan.
Sepanjang dua minggu bercuti di Eropah, Nubhan telah menghabiskan lebih RM30,000 sebagai kos perbelanjaan harian. Apa pun, semoga Nubhan terus bahagia dan fokus dalam rumahtangga yang baru dibina. (rtky/s)
bodoh la siapa yg pergi holiday. ringgit malaysia mahal. please la korang…nobody is impressed.
Siapa yang fikir orang pergi holiday to show off lah yang bodoh sebenarnya. You think everyone is poor like you?
Hahaha.kan anon.bioler dia dia nak g bercuti..duit dia..
gelak je zul baca..
ada ke yang kata mcm tu, walhal, dia bukan galmer mana pun.. ada ke yang kesah.. ?
sukahati ko lah, nak pergi ke langit tak bertepi pun, zul sibuk bekerja cari duit..nak kumpul dalam tabung aji..
kenapa gambar semua macam muka tak best je? dari ohbulan, beautifulnara, sepesen je muka? mata aku rabun ke ?
Owh…ado peminat?