fbpx

Nourul Depp Tawar Diri Jadi Jurulatih, Pakar Motivasi PLKN

Umum mengetahui, kerajaan akan melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 selepas ianya dimansuhkan pada 2018.

Perkara itu turut mendapat perhatian penyanyi dan juga pakar motivasi, Nourul Depp yang terbuka untuk menjadi jurulatih program berkenaan jika diberi peluang.

BACA: Ajai Tak Masuk Campur Isu Nourul, Ayu

’Why not?’ (mengapa tidak?). Itu boleh jadi sebahagian daripada tujuan saya juga. Tiada masalah. Bagi saya, apa jua perkara yang kita lakukan, kita perlu ada motivasi. Untuk tujuan kebaikan, apa salahnya,” katanya kepada Kosmo.

Sementara itu, Nourul berkata program berkenaan adalah langkah yang bagus buat generasi muda dalam masa yang sama untuk memantapkan rohani, mental dan fizikal mereka.

“Untuk menjadi pelindung negara dan menjadi insan yang lebih bertanggungjawab, bagi saya benda ini (PLKN) langkah yang bagus.

“Saya percaya dengan PLKN, ilmu tentang pertahanan diri, juga menjadi pelindung negara dan semua itu, akan diraih daripada program itu. Generasi baharu sekarang memang selalu habiskan dalam media sosial. Sosial media ini ‘release’ kita punya dopamine.

“Hormon tersebut buat kita gembira. Bagus adanya PLKN sebab akan buka satu lagi ‘jambatan’ dalam otak bahawa banyak benda yang kita boleh buat secara fizikal dan di luar gelanggang media sosial,” katanya.