Penyanyi dan komposer Ajai memaklumkan anaknya, Ayu Nazirah dengan bekas isteri yang juga penyanyi, Nourul Wahab sudah pun berbaik.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Memetik Harian Metro, Ajai berkata anaknya sudah pun berhubung dengan ibunya itu dan keduanya saling memohon maaf.
BACA: Ramai Sebak Nourul Kongsi Video Momen Dengan Anak Perempuan
“Alhamdulillah mereka sudah berbaik. Ayu maklumkan dia sudah menghubungi mama (Nourul) dan mereka saling memohon maaf atas konflik yang berlaku.
“Hubungan mereka pun sudah okey sekarang. Bagi saya, biasalah kisah ibu terasa hati. Tiada apa yang serius pun,” katanya.
Sementara itu, Ajai berkata dia tidak mahu masuk cumpur dalam kemelut berlaku antara Nourul dan Ayu kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan.
“Dua-dua sudah dewasa dan boleh buat keputusan sendiri. Kalau bab gaduh antara ibu dan anak ini saya dah faham sangat. Lagipun mereka darah daging, lambat atau cepat pasti akan berbaik kalau ada masalah,” katanya.
Dalam pada itu, mengenai dakwaan anaknya tinggal bersama pelakon Maria Farida, Ajai berkata sebelum ini Ayu pernah menjadi permbantu peribadi kepada aktres itu.
“Tetapi sejak empat bulan lalu dia sudah ada kerja tetap dalam bidang zoologi dan sudah tinggal di rumah sendiri. Kalau Ayu nak kahwin saya tiada halangan. Siapapun pilihan dia saya sokong. Umur dia pun sudah semakin meningkat.
“Cuma saya nasihatkan fokus kepada kerja dulu. Untuk bakal suami Ayu saya sudah bertemu beberapa kali dalam jamuan makan malam. Saya nasihatkan dia untuk stabilkan dulu kehidupan sebelum ambil keputusan berkahwin,” katanya.