fbpx

Nota Maiza Buat Suami Tercinta Yang Masih Sayangkan Usia Remaja

Nota ini di’kirimkan oleh Maiza sendiri melalui Facebook peribadi beliau.

Seperti biasa, terima kasih buat pasukan gossip terulung & terhebat dari Forum Cari untuk scoop ini.

Anda nilaikan sendiri jika benar ada maksud tersirat yang ingin Maiza sampaikan kepada suami muda beliau.

Khas Buat Suami Yang Tercinta

Ingatlah masa cepat berlalu tapi jangan pernah kau berubah dan mungkiri serta khianati cinta dan janji sumpah setia kita bersama.

Alangkah perit hidup yg lalu ku tempuhi dan masih segar dlm ingatan akan peristiwa pahit namun kau pernah berjanji dan bersumpah yg kau bukanlah DIA dan tidak akan pernah sama dengan DIA.

Jadi buktikanlah sayangku yang kau suami dan kekasih sejatiku dunia dan akhirat.

Ingatlah jangan terlalu asyik mengikut nafsu dunia sedang dunia ini makin tua dan jangan kau duduk dalam khayalanmu semata bangkitlah dan sedar bahawasanya tiada siapa yang tahu hanya kau dan aku sahaja mengetahui segalanya.

Jagalah amanah yg kau terima ini dengan sebaik mungkin, jangan kau sakiti hatinya yang terlalu nipis bak tisu mudah terkoyak bila terkena air mata yang berderai.

Dalam hatinya ada kamu dan tidak pernah terdetik dia ada yang lain inilah janjinya. Selagi kau masih setia pada yang satu.

Sebagai penambah perisa memberi hint yang lebih jelas kepada anda semua, layan gambar mereka selepas ini. Enjoice?