fbpx

Norman KRU Terima Anugerah MPA Kerana Usaha Melindungi Karya Kreatif

Jika berhari tidak menjejakkan kaki ke Rotikaya HQ, memang boleh bertukar slowpoke kami di’buatnya. Tetapi tidak mengapa, berita masih berita.

Hujung minggu yang lalu, sekali lagi Norman KRU di’beri penghormatan untuk naik ke atas pentas menerima anugerah, kali ini di’luar negara.

Motion Pictures Association (MPA) memberikan anugerah MPA Asia- Pacific Copyright Educator (A.C.E.) atas usaha keras Norman KRU membantu mempromosikan perlindungan karya kreatif.

Presiden juga Pengarah Urusan MPA Asia Pasifik, Mike Ellis yang menyampaikan anugerah tersebut kepada Norman KRU berkata Presiden KRU Studios ini tidak mengenal erti penat lelah dalam usaha memastikan karya kreatif anak tempatan di’lindungi sewajarnya dari sebarang usaha untuk memanipulasi oleh pihak luar & berniat jahat.

Norman KRU menerima anugerah khas beliau itu di CineAsia yang di’adakan di Hong Kong Convention and Exhibition Centre yang turut di’hadiri oleh 350 orang penggiat seni dari rantau Asia Pasifik.