Norman Hakim Sebak Anak Gadis Hulur Duit Belanja Hasil Bisnes Online
Umum mengetahui dalam ramai-ramai anak selebriti, dua anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi sering menjadi perhatian ramai iaitu Danish Hakim dan Marissa Dania. Meskipun sudah bercerai, namun kedua mereka menjalin hubungan baik demi anak-anak.
Sebelum ini, Norman berkongsikan anaknya lelakinya ada memberikan duit belanja untuknya, kali ini giliran anak gadisnya pula menghulurkan ‘duit poket’ kepadanya.
BACA: Netizen Tak Senang Abby Abadi Bergurau Nak ‘Bersalam’ Dengan Norman Hakim
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian video di Instagram, Norman sebak dan kerana duit yang diberikan oleh anaknya itu merupakan hasil titik peluh menjalankan perniagaan secara online.
“Saya sebak bukan sebab dapat duit tapi, sebab nikmat, rahmat dan barakah rezeki yang Allah bakal gandakan untuk anak-anak saya.
“Alhamdulillah hikmah sebalik PKP, saya nampak ikhtiar anak-anak untuk buat pendapatan melalui atas talian. Itu pun dia belajar dari apa yang kita buat,” tulisnya.
Perkongsian pelakon berusia 45 tahun itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen bangga dengan tindakan gadis berusia 16 tahun itu serta memuji cara didikan Norman dan Abby.
Pkp ni bnyk hikmahnya bg mrk yg mau ambil iktibar. Tp bg yg masih nak mengamuk salahkan semua org lain melainkan dirinya sendiri yg x sedar untung atas segala yg dia ada selama ini, maka dia xkan ke mana2 dgn kemarahannya
Cantik anak abg ni…pasal kak abby masa muda cantik…
cantik yang cukup pakej.. ibu bapa memainkan peranan dalam mendidik akhlak anak-anak mereka..
Norman Hakim bapa mertuaku
moga menjadi inspirasi kepada yang lain…yang selalu minta sedekah dari bantuan kerajaan..walaupun banyak lagi peluang untuk dapat rezeki
Alhamdulillah. Semoga terus dimurahkan rezeki & menjadi inspirasi kepada orang lain. Memang betul, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam membentuk anak anak
Kebanyakan family retis memang tak pernah pakai online banking ke teww. Oh lupa, harus la tunjuk cash, kalau tak takkan gah di mata follower instagram. Tak dapat likes yang didahagakan dan harus didik anak bagi cash biar show off pada netizen kan..larikk sebab aku tau, bakal dikecam hebat hahaha
untunglah ibu bapa yang mendapat anak yang berbakti di dunia dan akhirat , done tazkirah
Dulu Norman Hakim ni “Most Eligible Bachelor”.
Sekarang dah jadi “Most Pakcik”.