fbpx

Norman Hakim Minta Maaf Pada Anak, Netizen Tanya Mana Abby Abadi

Baru-baru ini pelakon Norman Hakim memuat naik perkongsian menyambut ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Danish Hakim yang ke-21.

Menerusi entri itu, Norman turut menulis ucapan tidak menyangka anaknya itu akan menjadi ‘rakan baiknya’ suatu hari nanti serta boleh berkongsi rahsia dan rasa.

Sementara itu, Norman juga berharap hubungan rapat dengan anaknya itu akan berkekalan sampai bila-bila serta memohon maaf andai ada salah silap selama 21 tahun ini.

Menerusi video itu dapat dilihat keluarga Norman berbuka puasa bersama-sama sebelum solat berjemaah dan seterusnya memotong kek.

Dalam pada itu, diruangan komen ada netizen tertanya-tanya di mana Abby Abadi kerana tidak kelihatan di majlis tersebut. Namun ada netizen mengatakan Abby kini berniaga dia Admiralty Bazaar, Singapura.