fbpx

Norman Hakim, Abby Abadi Bersanding Lagi

Kalau masih ingat dulu rumah tangga pasangan, Norman Hakim dan Abby Abadi pernah bergolak dan akhirnya bercerai pada tahun 2008. Susulan kemelut itu timbul pula pihak ketiga, Memey Suhaiza sehingga menyebabkan mereka tidak bertegur sapa. Tetapi kini segalanya berubah, malah Abby juga sudah mempunyai teman hidup baru, Jaiezzany.

BACA: Norman Hakim, Memey Bakal Bersanding Kali Kedua

Bukan itu sahaja, pada ketika ini juga dua pasangan ini cukup bahagia melalui kehidupan mereka dan sering meluangkan masa bersama. Mungkin itulah nikmat redha dan kemaafan dalam sesuatu perkara. Semalam pula dua pasangan ini diraikan dalam satu majlis persandingan sempena ulangtahun perkahwinan keenam Norman dan Memey.

Majlis yang indah bak pengantin baru itu telah dihadiri kira-kira 600 tetamu termasuk rakan rapat pasangan masing-masing yang diadakan di IDCC Convention Centre, Shah Alam. Kemeriahan majlis turut ditambah dengan kehadiran anak-anak mereka menemani sepanjang majlis berkenaan.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tujuan majlis ini diadakan untuk merealisasikan impian kami dapat berkumpul sebagai keluarga besar. Biarpun terdahulu hubungan kami pernah melalui fasa kontroversi, namun hubungan persahabatan antara saya, Memey, Abby dan Jaiezzany tetap baik dan dijadikan sebagai inspirasi kepada semua,” katanya kepada m Star Online.

Selain bersanding, kedua-dua pasangan ini turut mengadakan majlis doa selamat sebagai tanda kesyukuran bersempena khatam Al-Quran anak sulung Norman dan Abby, Mohamed Danish Hakim yang bakal melanjutkan pengajian hafazan Quran ke Turki Oktober depan.

Memang hebat persahabatan yang terjalin diantara mereka dan boleh dikatakan ramai yang menjadikan mereka inspirasi untuk lebih bahagia. Semoga dua pasangan ini akan terus berbahagia. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar sekitar majlis persandingan mereka semalam. Enjoice! (rtky/w)