fbpx

Sebut sahaja nama Kak KM atau Liana Rosli, pasti ramai mengenai anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri yang sering mencetuskan kontroversi.

Walaupun sering dikecam, namun ramai mengagumi hubungan rapat usahawan itu bersama adik beradik dan ibunya.

BACA: PU Amin Tegur Kak KM, Guna Kelambu Atau Nursing Cover Susukan Anak

Baru-baru ini menerusi Instagram, Kak KM dan adik-beradiknya memberikan kejutan buat ibu mereka dengan menghadiahkan sebuah rumah di kampung halaman pelakon itu.

Menerusi video itu, Normah dilihat sebak sebaik sahaja menerima kejutan berkenaan. Menurut Kak Km hadiah rumah berkenaan adalah daripada mereka adik beradik merupakan hasil perniagaan jamu.

Difahamkan, rumah tersebut merupakan milik bapa mereka namun kini sudah sepenuhnya menjadi ibu dan mereka adik-beradik telah melakukan renovasi supaya lebih selesa.

Perkongsian Kak KM itu mendapat pelbagai reaksi daripada neteizen yang sebak melihat video berkenaan serta mengagumi usahawa usahawan itu bersama adik-beradik untuk membahagiakan ibu mereka.