fbpx

Norish Karman Kini Berkerusi Roda Akibat Kekoyakan Cakera Spina

Norish Karman Kini Berkerusi Roda Akibat Kekoyakan Cakera Spina

Sangat kental jiwa pelakon ini apabila beliau di’laporkan tetap hadir ke lokasi penggambaran drama walaupun terpaksa menahan sakit dan menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Norish Karman ketika ini baru sahaja menjalani ‘L5 S1 Caudal Epidural Injection’ akibat kekoyakan di bahagian spine disc dan tisu yang menyebabkan beliau sukar untuk berdiri.

Aktress popular ini bagaimanapun menurut laporan Harian Metro hari ini masih hadir ke lokasi untuk merakamkan babak untuk drama Julia yang sedang bersiaran di TV3 ketika ini.

“Pihak produksi faham, tetapi atas dasar tanggungjawab saya tetap datang ke lokasi kerana hampir setiap episod ada babak membabitkan saya sebagai Zainab dalam drama itu”

“Kalau saya tidak ke lokasi menyiapkan babak saya, ia boleh menyebabkan jalan cerita tergantung,” kata Norish Karman.

Menurut Norish Karman, sakit beliau itu datang secara tiba tiba ketika menghadiri majlis perkahwinan rakan beliau & terpaksa duduk sahaja ketika bergambar dengan peminat.

“Penyakit ini, sesiapapun boleh kena kerana ia berpunca daripada tekanan dan kerja keras mengangkat barang berat. Apabila difikirkan semula, mungkin punca sebab silap sendiri,” tambah Norish Karman yang mengakui bekerja keras walaupun di’rumah.