fbpx

Norish Karman Dedah Ramai Lelaki 30-an Beratur Ajak Kahwin

Sudah hampir 12 tahun bergelar ibu tunggal, pelakon Norish Karman memberi bayangan seolah ada orang di sekelilingnya yang kurang senang dengan kehadirannya untuk dijadikan sebagai seorang kawan.

Malah, Norish merasakan seperti ada wanita yang cuba mengelak daripada dekat dengannya kerana bimbang dengan statusnya sebagai seorang janda. Norish turut menyindir mungkin mereka takut jika lelaki mereka dirampas.

BACA: Ada Lelaki Hantar Pinangan — Norish Karman Belum Terfikir Cari Pengganti

“Sebab ada lakilah korang boleh kaut duit buat bisnes, ada lakilah boleh yak yak yeah (bergembira) sana sini macam keluarga bahagia sampai syurga.

“Padahal tak bahagia, masing-masing ada extra affair (hubungan sulit), tapi demi status demi kekayaan… jadi, tak bolehlah kawan dengan janda macam aku nanti takut rampas laki korang erk..atau rampas tunang korang erk?,” luahnya.

Bagaimanapun, Norish memberitahu tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana dia tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga semula selepas bergelar ibu tunggal sedangkan ramai lelaki muda mengajaknya untuk berkahwin.

“Agak-agaklah, janda pun ada taste (selera). Aku baru 46 tahun, bukan 96 tahun. Jejaka bawah umur 30 tahun pun beratur nak kahwin aku maa..siap mak ayah mereka pun sayang aku.

“Tetapi aku yang tak nak. Aku belum bersedia untuk ketepikan anak-anak dan ibu bapa yang mendoakan kejayaanku. Perjalanan masih jauh untuk capai kejayaan untuk kehidupan anak-anak saya,” jelasnya.

Perkongsian Norish itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut berkongsikan berdepan nasih yang sama dan mengakui bukan mudah untuk seorang wanita memegang status janda.

Sebelum ini, Norish pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir pada Januari 1998 sebelum berpisah pada Julai 2008.