fbpx

Sudah menjadi lumrah apabila seseorang yang cantik dikejar ramai dan tidak terkecuali juga dengan Norish Karman yang menjadi salah seorang yang sentiasa dikejar oleh ramai lelaki yang mahu menjadikan dirinya teman hidup.

“Ada yang datang mengurat dan ada itu yang membawa ibubapa mereka untuk meminang saya dan macam-macam lagi. Buat masa sekarang saya masih tidak mahu memikirkan soal jodoh dan perkahwinan kerana saya perlu fokus dengan perniagaan dan juga karier saya ini”

“Sekiranya saya hendak berkahwin atau apa sahaja saya mahu berdikari terlebih dahulu saya perlu untuk mencari rezeki dan harta supaya bakal suami saya tidak perlu untuk menanggung mereka dengan erti kata lain tidak perlu untuk dia dibebani dengan anak-anak saya”

“Biarlah anak-anak menjadi keutamaan saya dahulu. Kadang-kadang kalau saya di rumah anak-anak saya akan bertanyakan seperti tak keluar dating ke mama? Mereka sangat sporting dan tidak kisah untuk saya berkawan dengan sesiapa pun,” ujarnya sambil berseloroh.

Dia turut memberitahu bahawa hubungannya bersama bekas suaminya yang kedua tidak begitu baik kerana sehingga sekarang dia masih tidak membenarkan anak bongsunya bersama bekas suaminya yang kedua itu berjumpa.

“Saya tidak membenarkan mereka berjumpa kerana datuknya pernah berpesan supaya anak itu tidak dibenarkan berjumpa dengan bapanya itu,” ujar Norish Karman. (rtky/hfz)