Selepas bertarung di’mahkamah lebih tiga tahun, akhirnya Norish Karman berjaya memperoleh hak penjagaan tiga anak beliau.

Harian Metro hari ini melaporkan yang Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam memutuskan untuk menyerahkan hak penjagaan anak kepada Norish Karman selepas mendengar pilihan sukarela tiga orang anak beliau.

Muhammad Haqiem Armany, 13, Muhammad Hardy Amieran, 9, & Putri Hany Amanda, 8 di’temubual kira kira 30 minit oleh Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin sebelum mahkamah membuat keputusan untuk mereka.

“Alhamdulillah, saya amat bersyukur. Sebelum ini saya rasa dalam keadaan tak menentu, ya atau tidak mereka akan bersama saya atau sebaliknya,” ujar Norish Karman selepas prosiding awal pagi tadi. 

Norish Karman bercerai dengan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir pada 15 Julai 2008 lalu & aktress yang popular dengan drama bersiri Spa Q itu memfailkan tuntutan harta sepencarian serta tuntutan nafkah anak-anak.