fbpx

Nora Danish Terkilan Tak Sempat Khatam Al-Quran Tahun Ini

Ramadan sebelum ini berjaya khatam Al-Quran, bagaimanapun pelakon Nora Danish mengakui terkilan apabila terlepas peluang untuk khatam pada Ramadan tahun ini.

Menurut Nora, Ramadan kali ini dia terlalu sibuk dengan urusan pindah rumah sehingga tidak berkesempatan melakukan ibadah yang sering dilakukan sebelum in.

BACA: “Saya Peluk Pun Tiada Nafsu” – Nora Danish

“Sebenarnya aktiviti Ramadan tahun ini agak kucar-kacir sedikit dan sebab itu saya jarang berkongsi tentang kehidupan peribadi dalam media sosial.

“Saya juga baru pindah ke kediaman baharu dan memang tak sempat nak kejar macam-macam benda. Jadi agak terkilan juga tak dapat khatam al-Quran tahun ini,” katanya.

Bagaimanapun, Nora berharap serta berdoa agar berpeluang untuk khatam Al-Quran pada Ramadan akan datang.

“Apapun saya berdoa agar dapat lebih aktif untuk melakukan ibadah termasuk menghabiskan bacaan al-Quran pada Ramadan akan datang,” katanya.

Tahun lalu, Nora berjaya khatam Al-Quran pada 9 malam terakhir Ramadan. Nora turut meluahkan rasa syukur niatnya untuk khatam Al-Quran pada bulan Ramadan dimakbulkan Allah.