fbpx

Nora Danish Teringin Beraya Di Kampung

Ketika orang lain menyambut Aidilfitri di kampung, sebenarnya Nora Danish dalam masa yang sama sebenarnya juga teringin berhari raya di kampung. Ini kerana, pelakon ini tidak mempunyai kampung halaman sendiri.

BACA: Nora Danish Emosi Di Pagi Raya Kerana Bekas Isteri Nedim?

“Sebenarnya Nora teringin sangat untuk merasa bagaimana berhari raya di kampung. Tentu seronok kan… Iya lah Nora ni kan mana ada kampung. Kalau rasa pengalaman suasana di kampung ialah sewaktu Nora berlakon di lokasi yang diadakan di kawasan kampung”

“Seperti tahun sebelumnya, pada 1 Syawal lalu selepas bersolat Raya dan bermaaf-maafan dengan ibu dan keluarga Nora, kami sekeluarga ke rumah keluarga bekas mentua Nora. Nora singgah di rumah mereka terlebih dahulu”

“Dan selepas itu, Nora beraya di rumah ibu Nedim (kekasihnya) di Shah Alam. Bagi Nora, pengertian raya adalah untuk berziarah,” kata Nora kepada Mangga Online selain turut merahsiakan lokasi percutian mereka tidak lama lagi. (rtky/s)