fbpx

Nora Danish Tak Kisah Dikritik Beraya Dengan Bekas Mertua

Walaupun sudah tidak mempunyai ikatan kekeluargaan bersama bekas keluarga mertua, Nora Danish masih mahu mengekalkan hubungan baik yang terjalin diantara mereka dengan membawa putera sulungnya menyambut Aidilfitri bersama-sama setiap tahun. Malah, dirinya juga tidak mahu ambil pusing lagi dengan kritikan orang ramai mengenai tindakannya itu.

BACA: Nora Danish Menutup Kafe Kerana Sewa Mahal

“Saya tidak akan sesekali memutuskan hubungan yang terjalin di antara Rayqal dan keluarga bekas suami kerana tiada sebab untuk saya perlu berbuat demikian. Apa yang orang hendak kata itu saya tidak lagi mahu ambil peduli kerana paling penting niat saya adalah sekadar membawa Rayqal berhari raya bersama datuk dan neneknya, itu sahaja.

“Menjadi kebiasaan kerana Rayqal ialah cucu pertama dan rasanya tak salah saya berada di sana kerana saya sudah menganggap bekas ibu bapa mertua seperti keluarga sendiri. Orang yang bercakap buruk tentang saya mereka tak pernah berada dalam situasi, tidak mengapa kerana saya tak minta mereka faham keadaan saya,” katanya kepada m Star Online.

Dalam pada itu, Nora yang sudah beberapa tahun berpisah dengan bekas suami, Jejai berkata, beliau sedar bahawa sudah tiada ikatan kekeluargaan yang tinggal diantara dirinya dan bekas mertua namun apa yang dilakukannya kini hanyalah demi anaknya, Putera Rayqal supaya dapat meluangkan masa bersama-sama berhari raya bersama datuk dan neneknya.

Manakala apabila ditanya mengenai perkembangan hubungan cinta beliau bersama Nedim, Nora memberitahu bahawa memang terdapat rancangan untuk berkahwin dalam masa yang terdekat ini. Namun kedua-dua pihak masih belum menetapkan tarikh yang sesuai untuk melangsungkan majlis pernikahan. Apapun semoga segalanya berjalan dengan lancar hendaknya. (rkty/w)