fbpx

Nora Danish Idam Resepsi Di Luar Negara, Kahwin Tanpa Hantaran

Awal bulan lalu, ada khabar angin timbul mengatakan yang Nora Danish sudah mula membeli persiapan perkahwinan termasuk hantaran di luar negara dan ini menimbulkan spekulasi yang beliau & kekasihnya, Nedim Nazri bakal berkahwin tidak lama lagi.

BACA: Mula Beli Barang Hantaran, Nora Danish & Nedim Kahwin Hujung Tahun Ini?

“Saya tak pernah beli barang-barang hantaran. Saya tak tahu bagaimana cerita itu boleh timbul sebab saya memang tak ada langsung membuat persiapan”

“Malah kami tak pernah berbincang soal kahwin. Apa yang penting, kami fokus pada kerjaya dan anak masing-masing. Itu yang buat kami selesa antara satu sama lain,” ujar beliau.

Bercakap kepada Malaysian Digest baru baru ini Nora Danish juga berkata jika ditakdirkan beliau berkahwin sekali lagi kelak, beliau berhasrat untuk mengadakan resepsi perkahwinan di sebuah pulau di luar negara.

“Memandangkan saya pernah berkahwin sebelum ini, jadi bagi saya tak perlu lagi dah nak barang-barang hantaran. Kalau ditakdirkan saya berkahwin lagi satu hari nanti, sebolehnya saya nak buat yang wajib sahaja iaitu cukup dengan majlis akad nikah di Kuala Lumpur. Kemudian saya nak adakan majlis secara kecilan di pulau, kemungkinan di Bali”

“Lagipun saya memang sudah lama teringin mahu buat majlis ala beach wedding. Saya suka berkunjung ke Bali malah ia dah seperti rumah kedua saya. Saya sukakan tempat-tempatnya dan makanan di sana sedap-sedap,” tambah Nora Danish lagi. (rtky/m)