fbpx

Nora Danish Beraya Bersama Keluarga Bekas Mertua & Fasha Sandha

Atas sebab yang tidak perlu kami jelaskan lanjut di’sini, hubungan unik antara Nora Danish & Fasha Sandha sentiasa menjadi tumpuan media dan juga para peminat sehingga ke hari ini.

Bercakap kepada GUA semalam di majlis Anugerah Syawal TV3, Nora Danish berkata beliau berkemungkinan akan beraya bersama sama Fasha Sandha kali ini di rumah keluarga bekas mertuanya di Ipoh, Perak.

“Raya pertama saya akan balik beraya di rumah bekas mertua saya di Ipoh, Perak & selepas itu barulah saya akan membawa anak saya Rayqal pergi bercuti pula”

“Ini sudah menjadi tradisi saya dan keluarga apabila pulang beraya pada hari raya pertama di rumah bekas mertua di Perak. Lagipun saya memang suka pulang untuk menjamah makanan yang enak seperti rendang tok yang amat popular dan sedap untuk dijamah pada hari raya pertama”

“Kemungkinan besar juga saya akan beraya bersama-sama dengan Fasha Sandha di sana,” tambahnya lagi.