fbpx

Dicerai Secara Paksa, Nora Dedah Kena Cerai Lepas Solat Subuh Bersama

Bulan lalu, perkongsian penyanyi Datuk Nora Ariffin mengejutkan ramai apabila diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Instagram.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Hampir sebulan berlalu, Nora mendakwa talak dilafaz bekas suaminya itu dibuat secara paksaaan selepas menerima panggilan dari seorang individu.

BACA: Suami Ceraikan Nora Ariffin Menerusi Rakaman Video

Memetik mStar Online, Nora berkata bekas suaminya itu melafazkan cerai dihadapannya selepas mereka selesai solat Subuh bersama dan dia terkejut dengan apa yang berlaku.

“Perceraian itu berlaku di hadapan saya dan memang secara paksaan. Ketika itu kami baru selesai solat Subuh dan bekas suami mendapat panggilan telefon untuk melepaskan saya.

“Saya memang terkejut, kelu lidah dan mempersoalkan apa salah saya? Saya tahu apa kandungan perbualan telefon tersebut,” katanya.

Sementara itu, Nora mengakui tindakannya memuat naik video lafaz cerai berkenaan di Instagram adalah kesilapan dan sudah sudah memohon maaf kepada bekas suaminya.

“Saya pun dah minta maaf dengan Rushdi sebab muat naik video tersebut, memang salah sendiri sebab terlalu beremosi. Bekas suami pun dah memaafkan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Nora menafikan dakwaan netizen Rushdi diugut menggunakan senjata ketika melafazkan cerai dan hubungannya dengan bekas suminya masih baik.

“Tiada sebarang unsur lain seperti pistol dan pisau seperti didakwa ramai ramai. Saya tahu situasi sebenar, jadi memang bukan salah dia,” katanya.

SUMBER: mStar Online