fbpx

Noor Nabila Titip Doa Sempena Hari Lahir Engku Aleesya

Nampaknya sejak dua minggu ini, kisah keluarga selebriti popular Neelofa menjadi bualan. Minggu lalu kakaknya, Noor Nabila berkahwin dengan Engku Emran.

Hampir dua minggu kembali bergelar isteri, Noor Nabila memuat naik gambar bersama Emran dan anak tirinya, Engku Aleesya. Menerusi entri itu, Nabila mengucapkan selamat hari lahir ke-12 buat gadis itu serta menitipkan doa buat Aleesya.

BACA: Erra Fazira Doakan Kebahagiaan Engku Emran & Noor Nabila

Nabila turut meluahkan rasa sayangnya kepada Aleesya serta sentiasa mendoakan agar anak gadisnya itu dilindungi dan dirahmati selalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

“Allah ku bersyukur dan berterima kasih Ya Allah, kau serikan hidupku dan anakku dengan kehadiran Aleesya. Wahai Rabbul alamin panjangkan usianya, sihatkan dia, luaskan rezekinya, makbulkan segala doa-doanya, sempurnakan hajatnya, capaikan segala cita-citanya,” tulisnya.

Perkongsian Nabila itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mengucapkan selamat hari lahir buat Aleesya serta mendoakan dilimpahi kasih sayang dengan keluarga barunya.