fbpx

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Noor Nabila berkata dia sentiasa mendoakan jodoh yang terbaik buat keduanya namun tidak masuk campur mengenai hubungan bekas suaminya, Sharnaaz Ahmad dan Amelia Christie.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

Memetik Harian Metro, Nabila berkata jika tiada jodoh antara mereka tiada siapa boleh melawan takdir namun dia sentiasa memberitahu Amelia bahawa dia dan Jebat Jayden sentiasa ada untuknya.

BACA: “Bab ‘Percintaan’ Sharnaaz & Amelia, Saya Tak Masuk Campur” – Nabila

“Bab ‘percintaan’ Sharnaaz dan Amelia, saya tak masuk campur. Bagi saya, kalau mereka tiada jodoh, nak buat macam mana, kita tak boleh nak melawan takdir kan. Cuma saya sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk mereka sama ada mereka bersama atau pun tidak.

“Sehingga hari ini kami selalu buat panggilan video atau berhubung. Saya selalu beritahu Amelia walau apapun terjadi saya dan Jayden akan sentiasa ada untuk dia.

“Lagipun sekarang ini, Jayden memang lebihkan Amelia. Semua hal dia nak kongsi dengan Amelia dan kami ikhlas sayangkan dia macam keluarga kami sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Nabila berkata dia selesa berkawan dengan Amelia serta suka dengan cara aktres itu membawa diri serta pandai menghormati orang lain.

“Terus terang, saya suka cara dia bawa diri dan dia sangat menghormati orang. Sejak itu kami berhubung dan pergi bercuti bersama-sama di Jepun.

“Masa bercuti kami jadi makin rapat sebab saya berpeluang untuk kenal dia lebih dekat. Orang kata kalau kita nak kenal orang kena pergi ‘travel’ bersama baru kenal perangai orang.

“Jadi secara tak langsung saya boleh nampak keikhlasan dia, cara dia layan orang sekeliling selain pandai bawa diri hingga saya dah anggap dia macam adik sendiri,” katanya.