Perkongsian penyanyi dan usahawan, Mila Jirin menjadi perhatian apabila dapat bertemu kembali dengan sahabatnya, pelakon Nonny Nadirah selepas tiga tahun tidak bertemu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Mila berkata dia pernah membuat keputusan ke rumah ibu pelakon tersebut di Sabah namun dihalang oleh Nonny.
BACA: Enggan Ulas Video Seksi, Nonny Nadirah Mohon Maaf
View this post on Instagram
“Masya Allah tak sangka sebab saya dapat berjumpa dengan seseorang yang sudah lama saya cari. Nasib baik tak sampai depan rumah dia, dah nak pergi dia tak bagi alamat. Kalau dia bagi alamat dah sampai dah,” katanya.
Dapat dilihat, Nonny tampil serba hitam dan sudah kembali berhijab.
Dalam pada itu, Mila turut berharap agar persahabatan mereka tidak lagi terputus serta meluahkan rasa sayang pada rakan baiknya itu.
Terdahulu, nama Nonny menjadi bualan ramai apabila memuat naik gambar seksi sekaligus menimbulkan kebimbangan di kalangan rakan-rakannya.