fbpx

Noki Jawab Dakwaan Bercinta Dengan Emma Maembong

Sebelum ini dikatakan hangat bercinta dengan abang kepada Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq, timbul pula dakwaan Emma Maembong dikatakan menjalin hubungan cinta dengan ahli kumpulan K-Clique, Noki.

Khabar angin itu timbul apabila kedua mereka sering memuat naik gambar bersama di Instagram. Bagaimanapun, Noki menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan hubungan mereka tidak lebih hanyanya sekadar kawan.

BACA: Emma Maembong Dikecam Bertudung Dalam Drama

“Kami sudah tujuh tahun berkawan, kebetulan kakak saya rapat dengan Emma. Benda itu jadi isu sebab kami post gambar di Instagram, hakikatnya perasaan saya terhadap dia tak lebih daripada sekadar kawan.” ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Noki turut menghuraikan ciri-ciri wanita idamannya seorang wanita yang bertudung dan tinggi lampai.

Apa pun terjawab sudah spekulasi hubungan mereka berdua hanya sekadar teman baik sahaja dan Emma tidak menepati ciri-ciri gadis idaman Noki memandangkan pelakon itu tidak lagi bertudung.