fbpx

Noh Salleh Teruja Dilantik Juri Program Realiti Nasyid

Walaupun bukan berdiri di atas kredibiliti artis nasyid, kini Noh Salleh telah dipilih untuk menjadi salah seorang juri program realiti pencarian penyanyi nasyid nusantara, Nasyeed Cover Song 2015 yang akan bermula pada tahun ini.

BACA: Muncul Dengan Album Solo, Noh Salleh Ingin Bermula Dari Bawah

Malah Noh sendiri memberitahu, pada mulanya dia menolak terus tawaran untuk menjadi juri nasyid tersebut kerana dia bukanlah mempunyai latar belakang nasyid namun mengubah mengubah fikiran setelah diterangkan secara lanjut mengenai program berkenaan.

“Saya pun semasa mula-mula ditawarkan oleh pihak yang menguruskannya, iaitu Daqmie, daripada nasyeed.com saya terus tolak. Saya beritahu yang saya ni bukan ada asas dalam nasyid. Tapi bila diberitahu pasal program ini, saya terus teruja.

“Saya berterima kasih kepada Daqmie yang memilih saya untuk bersama-sama dalam program Ini,” kata Noh yang juga berpandangan jauh bahawa program pencarian artis nasyid yang diusahakan ini akan menjadi sesuatu yang besar dan lain dari yang lain. (rtky/s)