Mizz Nina, Noh Salleh Bercerai?
Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh.
Terbaru, memetik Harian Metro, pasangan itu dikatakan sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, semalam.
BACA: Warganet Dakwa Video Aksi Ranjang Noh Hujan Tersebar
Menurut sumber, pasangan itu terlebih dulu memfailkan perceraian pada 14 Jun lalu di mahkamah tersebut. Difahamkan, perceraian mereka di bawah kod kes 055 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah.
Dalam pada itu, Harian Metro memaklumkan cubaan untuk mendapatkan kenyataan daripada Mizz Nina tidak berjaya apabila mesej tidak dibalas.
Sejak semalam tular mengenai perkongsian seorang pengguna Twitter memuat naik tentang pasangan selebriti bercerai. Perkongsian itu kemudiannya memetik nama penyanyi kumpulan Hujan itu selepas ditanya pengguna lain.
“Makin takut nak kahwin bila dengar orang cerai-berai ni. Hari ini (semalam) pasangan selebriti yang punyalah baik depan media bercerai pula pagi tadi dekat Mahkamah Gombak Timur. Tapi berita tak ‘cover’ pula,” tulisnya.
Terdahulu, Noh menafikan gosip mengatakan rumah tangganya bermasalah serta mengatakan dakwaan itu tidak benar. Malah, Noh juga mengatakan dia juga tidak sangka cerita seperti itu boleh timbul.
- SUMBER
- Harian Metro
Sedih nye nyah…
betul ke ni? nampak mcm sweet. entah2 gossip kosong kot.
Kalau betul, itu mungkin perjalanan yang sudah ditertulis.
Kalau tak betul, yang tukang tulis, tukang bawang, tukang sebar, tukang fitnah tu semua nanti menjawablah…
Tu jer.
Tk sedor diri si jonggos noh nie! Fil/mil kaber baik dohhh!! Adoiii sedihhhh
Relationship goal meleis ala2 kaabah hancur berderai. Haha. Warga forum jarang salah.
1. Bad boys never change
2. Manner maketh man..so dont trust ppl with no manner (hembus asap kat reporter, rempitness lu wa lu and cringe like shuk)
3. Read 1 and 2 hadam.
Penat je hijrah payah payah, tinggal dunia glamor. Last last laki cari lain gak. Sedih
Tak penat haih..Dia berubah kerana Allah taala bukan sebab manusia.Apa punye komen
Sejak bila hijrah untuk laki?
?
? miss nina tu berubah ke arah kebaikan.. sebelumke arah keagamaan pun sexy club tp masih baik prangai semua sopan mmg manusia baik, prangai cantik.. so mmg allah buka hati smooth je berubah alhamdulillah
Hijrah kerana Allah.. Bukan kerana suami.. Dia tinggalkan dunia glomor yg sementara untuk akhirat yg hakiki.. Tak ada ape yg dia rugi.. Mungkin Allah nak atur yg lebih baik untuk miss nina.
Aku doakan miss nina akan keluar dari kemelut ini dgn kejayaan yg lebih besar utk dirinya. InsyaAllah. Ujian Allah kpd hambanya yg benar2 ikhlas. You will get out of this spiritually unscathed.
Dia hijrah sush2 bkn utk laki dia. Tapi Allah. Nk jd better muslim. Takkan benda baik dia buat mcm tu nk mnyesal? Laki blh cari. Hidayah Allah tu lg pyah nk dpt.
@Rutikayakcicakari…apa punya comment. Tak guna akal kau ni hijrah kerana Allah, tak payah la ungkit yg lepas. Manusia aja yg tak appreciate pengorbanan sesama insan…semoga yg baik2 tu both…kesian
aku harap mizz nina hijrah 1st kerana Allah dan tak salah jugak jika dia hijrah sbb bekas laki dia. maknanya masa dia kawin, dia dah tak bebankan si noh ni dgn dosa aurat dia. ko baik nina. ko pun silent dari dunia artis sedangkan klw ko nak glamour jugak ko boleh. klw sbb zuriat, noh tinggalkan, ianya sgt tak patut. klw sbb lain, itu antara korg saja yg tau. sempena hari Jumaat yg mulia ni aku doakan semoga ko tabah mizz nina, ingat Allah sentiasa ada. InsyaAllah ramai lagi laki yg baik di luar sana … i pun baik tau … hehe … nanti ada le yg kecam aku ni … hmmm
Tak tau la macam mana lagi lepas ni kalau dah bercerai. Kesian