Teman wanita Johnny Depp, Vanessa Paradis nampaknya mula mengambil langkah berjaga-jaga sebelum terlambat.

Sejarah membuktikan yang Angelina Jolie cenderung untuk menjalin hubungan dengan lelaki yang sedang berpacaran dengan wanita lain.

Contoh paling mudah adalah hubungan bersama Brad Pitt ketika aktor kacak itu masih bersama isterinya, Jennifer Aniston.

Sumber juga ada menyatakan suatu ketika dahulu yang Angelina Jolie menjalinkan hubungan dengan Billy Bob Thornton ketika lelaki itu bertunang dengan aktress Laura Dern.

Johnny Depp di’katakan di’minta oleh kekasihnya untuk menarik diri dari filem The Tourist yang mana beliau akan berkongsi satu babak intim bersama Angelina Jolie.

Kedua-dua pihak masih tidak memberikan sebarang komen tentang isu ini. Biar tidak berlakon dari jatuh ke tangan Angelina Jolie ye tak?