fbpx

Nissan Fairlady Hadiah Utama ABPBH 2012 Hilang Dicuri Di Segambut

Hadiah utama berupa kereta mewah Nissan Fairlady 370z untuk Anugerah Bintang Popular Berita Hadian (ABPBH) 2012 yang di’curi di sebuah pusat servis di Segambut telah pun di’temui semula.

Kereta yang menjadi milik Bintang Paling Popular, Shaheizy Sam itu di’percayai dilarikan oleh suspek yang sama dengan tiga lagi kes kecurian kereta mewah lain di Jalan Chan Sow Lin & Bukit Bintang.

“Pada hari kejadian kira-kira 10.25 pagi, suspek memasuki perkarangan pusat servis sambil membawa fail dan berlakon seolah-olah ingin melihat kereta berkenaan. Suspek kemudiannya melarikan kereta tersebut dengan mudah kerana kunci kereta telah berada di dalam kereta itu”

“Kita percaya kejadian ini dilakukan suspek sama berdasarkan petunjuk dari rakaman kamera litar tertutup dan modus operandi yang sama”