fbpx

Ning Baizura Jual 2 Kereta Untuk Biayai Kos Konsert, Rujuk Celine Dion

Kami bersama beberapa rakan media lain ada bersembang tentang konsert Ning Baizura yang tidak mempunyai penaja beberapa hari lalu.

Ketika itu sedang berlangsung’nya sebuah sidang media untuk kumpulan rock tanah air yang membariskan banyak penaja korporat — dan menimbulkan tanda tanya, apa kurang’nya Ning Baizura?

Dalam kenyataan Ning Baizura ketika sidang media beliau baru baru ini, Murai melaporkan bintang bersuara lantang ini telah berkorban dengan menjual dua buah kereta milik beliau untuk membiayai konsert Ning at KL Live.

Enggan mendedahkan angka sebenar kos konsert beliau ini nanti namun Ning Baizura mengakui beliau telah mengeluarkan ratusan ribu ringgit dan menjadi pelabur utama dalam projek ini.

Nekad untuk menjadikan konsert solo kedua beliau ini sesuatu yang lain dari yang lain, Ning Baizura telah merujuk persembahan beberapa nama terkenal dunia termasuk penyanyi diva Celine Dion.

Kepada anda yang berminat untuk menyaksikan konsert Ning at KL Live 2 Disember ini boleh mendapatkan tiket berharga RM150 & RM300 di cawangan Rock Corner & Ed Hardy. Maklumat lanjut 012-2897406.