fbpx

“Nilai Pada Bakat, Bukannya Penampilan” – Dolla 

Penampilan ahli kumpulan wanita, Dolla sering kali dikecam netizen apabila dilihat tampil agak keterlaluan dan ada yang mengatakan hanya menjual imej seksi semata-mata berbanding bakat.

Bukan itu saja, ada yang mengatakan kumpulan Dolla yang dianggotai empat ahli iaitu Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya seolah meniru kumpulan tersohor Korea Selatan, BLACKPINK.

BACA: “Kami Terlalu Fokus Pada Persembahan Sampai Terlepas Pandang Baju Seksi” – Dolla

Bagaimanapun, salah seorang ahli Dolla iaitu Sabronzo berkata mereka enggan peduli dengan pandangan negatif orang ramai sebaliknya mahu memberi fokus untuk tingkatkan kerjaya seni.

“Keutamaan kami adalah muzik dan kerjaya. Tetapi, setiap orang mempunyai pandangan dan hak untuk bersuara.

“Seperti penyanyi lain, kami juga mahu bakat dan kebolehan yang kami ada untuk dinilai serta diberi perhatian, bukannya penampilan,” katanya. 

Dalam pada itu, Sabronzo berharap agar isu cara pemakaian mereka itu tidak dipanjangkan lagi dan kecaman yang diterima membuatkan mereka sedar serta akan lebih berhati-hati dalam pememilihan pakaian.

“Kami akur untuk memperbaiki imej dan akan mematuhi cara pemakaian yang lebih bersesuaian. Kami mahu terus bergetak ke depan dan sudah tentunya, kami akan lebih berhati-hati,”katanya.

Terdahulu, mereka mengakui terlepas pandang mengenai soal pemilihan pakaian mungkin kerana terlalu fokus kepada persembahan.