fbpx

Nikmati Moment Indah Di HUAWEI AppGallery Hanya Di Rumah

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ternyata akan membataskan gerak anda untuk kemana sahaja. Hanya urusan penting sahaja yang akan dibenarkan keluar bukan? Jadi HUAWEI yang mementingkan keselamatan penggunanya dari dijangkiti wabak Corono Virus ini telah mempertingkatkan aplikasi HUAWEI AppGallery untuk penggunaan harian anda.

Anda hanya perlu #StayHome dan menggunakan aplikasi ini untuk memudahkan urusan anda seperti aplikasi perbankan dan penyemak imbas untuk mengakses akaun bank anda bagi menyelesaikan sebarang keperluan perbankan samaada memindahkan wang atau membayar bil. Banyak lagi yang anda boleh dapat dari aplikasi ini.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh membeli keperluan harian anda seperti barangan runcit hanya di dalam talian melalui AppGallery ini. Aplikasi ini juga membolehkan anda untuk memuat turun aplikasi Tesco, Lazada dan Shopee. Hanya dalam satu aplikasi sahaja semua barangan yang anda inginkan boleh dibeli.

Kami yakin, hampir sebulan #StayHome untuk memutuskan rantaian wabak Corona ini pastinya membosankan anda. Asyik makan tidur sambil menantik detik PKP ini berakhir. Jangan risau kali ini anda boleh hilangkan sedikit bosan anda dengan berhibur dengan aplikasi AppGallery dengan memuat turun Tik Tok dan tunggu apa lagi rakamlah video anda sambil berhibur dengan muzik yang terdapat dalam Tik Tok.

Jangan tak tahu, dengan aplikasi HUAWEI ini anda boleh juga boleh menggunakan Facebook atau Snapchat. Sekaligus membolehkan anda untuk mengikuti perkembangan terkini dan isu semasa.

Hampir terlupa kami bahawa anda juga boleh mendengar muzik terkini dan lagu-lagu yang trendy sambil bersantai di rumah hanya dengan aplikasi JOOX.

Lebih menark lagi, jika anda seorang peminat permainan video game, maka anda boleh bergembira dengan AppGallery ini kerana AppGallery ini mengandungi banyak permainan video game yang dibuat secara tempatan hingga ke peringkat antarabangsa dari seluruh dunia. Anda juga boleh memainkan permainan tanpa perlu memuat turunnya dengan aplikasi Quick Apps. Ciri pertama dari dari Huawei ini membolehkan anda menggunakan aplikasi tanpa perlu memuat turunnya.

Kiranya dengan HUAWEI AppGallery ini anda boleh lakukan apa sahaja untuk hilangkan bosan anda dirumah selama tempoh PKP ataupun selepas tempoh ini.

Bakal buat anda tersenyum lagi dengan HUAWEI AppGallery ini apabila HUAWEI memberi ganjaran hebat kepada penggunanya untuk berpeluang memenagi HUAWEI Mate 30 Pro! Wow, menarik ni rugi lepaskan peluang ni. Siapa pakej dapat telefon pintar lagi tu.

Jadi apa tunggu lagi, muat turun aplikasi AppGallery ini sekarang untuk menangi telefon pintar HUAWEI dan banyak lagi ganjaran menarik menanti anda.

Pastikan anda log masuk dengan ID HUAWEI anda dan mula putar roda kekayaan untuk peluang anda menang!

Setiap pengguna HUAWEI anda berpeluang putar sehingga 16 kali! Banyak tu! 16 peluang untuk anda memenangi HUAWEI Mate 30 Pro! Peraduan ini bermula sekarang sehingga 15 April 2020!

Maklumat lanjut layari laman rasmi AppGallery dan jangan lupa untuk terokai aplikasi ini untuk banyak benda percuma. Yang penting AppGallery ini lebih selamat, lebih storan, dan lebih banyak hadiah yang bakal anda dapat.

AppGallery mempunyai 4 lapisan perlindungan untuk memastikan kesemua applikasinya selamat untuk dimuatturun.

Anda juga boleh menyimpan storan dengan mengakses aplikasi yang berbeza melalui aplikasi pantas tanpa memuat turunnya pada HUAWEI AppGallery. Bagi pengguna Siri P40 dan MatePad Pro, anda akan mendapat 50GB HUAWEI Cloud Storage percuma selama 12 bulan sebagai hadiah juga! HUAWEI AppGallery menyediakan Lebih Selamat, Penyimpanan Yang Besar dan Lebih Banyak Rewards!

Jangan tak tahu, ramai rakyat Malaysia menggunakan hampir keseluruhan aplikasi yang terdapat dalam AppGallery.

Info Tambahan

Terokai lebih banyak pada HUAWEI AppGallery untuk bawa pulang pelbagai barangan HUAWEI. Sebelum itu jangan lupa dapatkan dulu barangan HUAWEI.

Dapatkan HUAWEI WATCH GT2e anda sekarang pada harga RM599.

Dapatkan HUAWEI P40 Series dengan fotografi yang lebih baik, sambungan yang lebih baik daripada RM2,799 dan dapatkan hadiah eksklusif bernilai lebih RM690.