fbpx

Buat peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ini peluang terbaik anda untuk membuat pembayaran balik sambil menikmati diskaun 20% atau 10% seperti yang dibentangkan dalam bajet 2018.

Bajet 2018 memperuntukan sebanyak 20% diskaun bagi Penyelesaian Penuh Pinjaman atas Baki Hutang iaitu 5% peningakatan diskaun daripada Bajet 2017 atau 10% diskaun untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

Peluang untuk anda menikmati insentif ini hanya terhad sehingga 31 Disember ini sahaja.

Peminjam PTPTN yang membuat penyelesaian keseluruhan baki hutang pinjaman atau bayaran separuh daripada baki hutang pinjaman pada 27 Oktober 2017 hingga 31 Disember 2018 layak mendapat insentif ini.

Diskaun 20% yang dikira berdasarkan keseluruhan baki hutang pinjaman atau diskaun 10% yang dikira berdasarkan separuh daripada baki hutang pinjaman ini memudahkan anda untuk terus menikmati insentif ini di samping meringankan beban anda.

Selain itu, peminjam yang membuat pembayaran melalui KWSP, tunai dan online juga layak menikmati potongan bayaran balik sebanyak ini. Yang pastinya pembayaran balik pinjaman harus dibuat selewat-lewatnya 31 Disember ini.

Kepada peminjam PTPTN yang baru sahaja ingin membuat pembayaran balik pinjaman pada bulan terakhir diskaun iaitu bulan pada Disember ini, bayar secara online sahaja yang pastinya mudah, cepat dan selamat.

Anda boleh menggunakan pelbagai medium seperti perbankan internet, jompay, direct debit, FPX, Kad kredit/debit dan MOLPay.

Jadi kepada peminjam PTPTN ini masanya untuk anda bersihkan segala hutang anda dengan kadar potongan sebanyak 20% atau 10% sebelum tamatnya peluang yang tidak akan ada lagi pada tahun hadapan.

Sekiranya ada masih musykil dan banyak lagi yang anda perlu tahu. Klik sahaja di sini untuk menjawab segala persoalan anda atau hubungi careline PTPTN di talian 03-2193 3000.