Walaupun nama Nikita Willy semakin senyap dalam dunia hiburan di Malaysia, pelakon dan penyanyi berusia 21 tahun ini masih menempa populariti di Indonesia dan terbaru kekayaan milik beliau dalam bidang hartanah menjadi tumpuan para peminat.

Laman hartanah di Indonesia melaporkan yang nilai harta Nikita Willy sehingga kini sudah bernilai ratusan juta ringgit, terima kasih kepada beberapa pembangunan hartanah sekitar Indonesia termasuklah perumahan mewah dipanggil Winona Residence.


BACA: Aktif Pelaburan Hartanah, Maya Karin Berjaya Kumpul Aset RM8 Juta

nikita-willy-body-tn-1-08072015

Winona merupakan nama adik kepada Nikita Willy dan 13 buah rumah dalam projek perumahan yang sudah siap dan habis dijual itu dianggarkan bernilai hampir RM5 juta. Ini belum termasuk banyak lagi projek perumahan yang dibangunkan bersama ibunya.

Portal hiburan KapanLagi melaporkan yang Nikita Willy memperoleh antara RM11,000 dan RM15,000 untuk setiap episod dalam mana mana drama atau sinetron lakonan beliau yang pasti menjadi hits dan tontonan ramai di Indonesia.


Kontrak pengiklanan Nikita Willy bersama jenama terkenal di Indonesia juga mampu meraih sehingga RM150,000 setahun. Tidak hairanlah selebriti ini mampu memiliki harta dan kekayaan yang agak luar biasa bagi gadis 21 tahun. Boleh jadi contoh buat semua. (rtky/m)