fbpx

Kami perasan satu perkara tentang Almy Nadia, kalau ada apa apa isu yang melanda beliau akan memberikan respons pertama dengan berkata enggan mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menjaga hati banyaj pihak. Memang default strategy atau bagaimana?

Terbaru, Fizz Fairuz mengeluarkan kenyataan yang beliau berniat untuk menyunting Almy Nadia sebagai isteri dan kemungkinan akan bernikah pada tahun hadapan. Fizz Fairuz telah pun membawa aktres ini berjumpa dengan ibunya minggu lalu.

BACA: Fizz Fairuz & Almy Nadia Kembali Bersama, Nikah Tahun Hadapan

Bercakap melalui Utusan Malaysia, Almy Nadia berkata yang beliau mahu simpan dahulu semua komen kerana ingin menjaga hati banyak pihak.

“Saya mahu simpan dulu semua komen. Buat masa sekarang saya tidak mahu komen sebab perkara ini penting untuk saya jaga hati banyak pihak”

“Pandangan orang berbeza-beza. Saya tak mahu singgung mana-mana pihak. Tunggu sahaja. Saya pasti akan komen. Buat masa ini biarlah pihak lelaki (Fizz Fairuz) yang memberi sebarang kenyataan,” ujar Almy Nadia tentang isu ini. Ah come on.