fbpx

Nikah Di Usia Muda, Tegar Septian Mengaku Sudah Bercerai

Rumah tanga penyanyi terkenal Indonesia iaitu Tegar Septian hanya mampu bertahan selama dua tahun sahaja selepas mendedahkan sudah bercerai degan isterinya, Sarah Sheilka.

Mendedahkan perkara itu di Instagram, Tegar bagaimanapu tidak mendedahkan punca perceraiannya itu dan mahu meneruskan hidup tanpa isterinya.

BACA: Tegar Mengaku Kahwin Muda Sebab Mahu Elak Daripada Zina

Disebabkan masalah rumah tangganya itu, Tegar berkata dia hanya duduk di rumah dan badannya kurus kerana terlalu memikirkan soal wang.

“Sebenarnya terlalu banyak masalah dan panjang sangat untuk diceritakan. Aku memilih untuk hidup baru lagi.

“Aku hanya duduk di rumah sahaja sehinggakan badan jadi kurus sebab terlalu banyak berfikir. Wang juga susah nak cari, aku jadi tertekan,” katanya.

Terdahulu, Tegar mendirikan rumah tangga pada usia 19 tahun. Pasangan itu mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Abidzar Oktaviano Putra Septian kini berusia dua tahun.