fbpx

Nik Iruwan Cinta Pertama Nabila Razali

Selamat diijabkabulkan pada 18 November lalu, penyanyi Nabila Razali mendedahkan suaminya, Nik Iruwan merupakan cinta pertamanya sepanjang dia berada dalam industri seni.

Memetik mStar Online, Nabila berkata sebelum ini gosip cinta dengan beberapa selebriti hanya sekadar untuk promosi lagu dan tiada perasaan istimewa antara mereka.

BACA: Asyraf Khalid Jadi ‘Matchmaker’ Nabila Razali & Nik Iruwan

“Kalau ada pun saya tak tahulah (perasaan), tapi macam saya sendiri tidak ada yang serius. Berkawan itu ramai tapi tidak bermaksud ada hubungan…hubungan yang istimewa itu Nik Iruwan adalah yang pertama,” katanya.

Berkongsikan majlis resepsi bertemakan Jawa yang diadakan semalam, Nabila berkata dia memilih konsep tersebut kerana dekat dengan keluarganya.

“Bagi siapa yang tak tahu, ayah saya berketurunan Jawa, malah dekat rumah pun kadang-kadang kami bercakap dalam bahasa Jawa dengan ayah kalau pulang ke kampung.

“Jadi untuk kelainan saya pilih tema Jawa pun resepsi kali ini memandangkan sebelum ini tampil dengan konsep English Garden,” katanya.

Nabila sah bergelar isteri ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani dalam satu majli tertutup diadakan di Bukit Tinggi. Nabila menerima mas kahwin RM22.50, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.