Niezam Zaidi Seronok Beribadah Dalam Lokap
Pelakon Niezam Zaidi mendedahkan dia seronok apabila dapat beribadah di dalam lokap selepas dijatuhkan hukuman penjara apabila mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah pada Oktober 2021 lalu.
Memetik Media Hiburan, Niezam berkata dia menyifatkan ianya perasaan paling indah dalam hidupnya kerana ketika itu hanya Allah sahaja yang boleh membantu dirinya.
BACA: Sambut Hari Lahir Ke-29, Niezam Zaidi Anggap Dugaan Sebagai Qada & Qadar
“Saya tak pernah pergi umrah dan tak tahu macam mana perasaannya. Tapi, saya dapat perasaan seronok nak beribadah ketika di dalam lokap.
“Itu perasaan paling indah dalam hidup saya. Saya tahu, tiada siapa lagi yang boleh tolong saya melainkan Allah,” katanya.
Menurut Niezam, detik hitam yang dilaluinya itu ternyata memberi kesan terhadap kesihatan mentalnya apatah lagi selepas membaca komen negatif dilemparkan terhadap dirinya.
“Kalau saya bukan Islam, mungkin saya dah gila atau bunuh diri. Saya minta maaf sebab berkata begitu. Banyak perkara yang telah berlaku pada saya.
“Mungkin orang lihat ia kenangan pahit, tapi bagi saya pahit itu adalah ubat. Walaupun dengan membaca, komen-komen itu sebenarnya boleh mengganggu mental juga,” katanya.
Dalam pada itu, Niezam memberitahu disebabkan apa yang berlaku dirinya dia membuat keputusan untuk pulang ke kampung untuk mencari ketenangan dan meluangkan masa bersama keluarga serta ibu bapa.
“Saya ingin lupakan detik hitam tersebut. Kini, saya lebih kepada mencari ketenangan melalui agama dan meluangkan masa bersama keluarga. Masa insiden di Kuala Kangsar, papa saya datang. Umur dah 60 lebih datang untuk selesaikan masalah saya.
“Mak saya pula tengaj sakit tiga serangkai dan papa pun dah tua. Kita pun tak tahu boleh hidup sampai bila,” katanya.
- SUMBER
- Media Hiburan
Dah dok kt dlm kalo masih x insaf tu makna hati mmg betul2 dah level jin ifrit dah tu. Tu tujuan hukuman penjara, nk bg korg insaf. Tp ramai gk laa yg keluar masuk jel dan lokap ni dah jd rutin hidup mrk. Mcm hotel je check in berehat brp tahun siap kt dlm jumpa geng2 baru keluar nnt buat job lg besar “hasil untung” dia. Tp kalau dah tau hati tu manja, anak mak isap ganja ikut2 kwn pastu time berlakon nk tnjk muka tenging ah x payah laa!
Nak play victim jugok… Alah2 weyyy
Dia nk bodohkan kita..d trbukti brsalah slh nk buat2 baik pastu start le citer pasal ibadah bagai…artis skg sume nk tukau karier jd ustaz ustazah hahaha
semoga jadikan pengajaran,
mmg ambil mase nak pulih..diri sendiri kena kuat dan ubahlah perangai jd lebih baik..itulah yg tuhan pandang.
brp taun dia kne lokap si nizam ni? patut lme tk nmpk belakon
Semoga terus kekal istikhamah dan semoga berjaya dalam hidup dan akhirat.. Semua orang buat silap dan semua manusia ada dosa mereka masing2. Yg membezakan kita semua adalah cara kita berubah dan belajar dr silap