fbpx

Niezam Zaidi Aktif Ikut Tabligh, Perbaiki Diri Lepas Terlibat Kes Dadah

Pelakon Niezam Zaidi berkata dia sedang mendalami ilmu agama selepas terpalit dengan kes penyalahgunaan dadah pada tahun lalu.

Memetik mStar Online, Niezam berkata dia juga aktif mengikuti jemaah tabligh untuk mendekatkan diri dengan Allah.

BACA: Niezam Zaidi Seronok Beribadah Dalam Lokap

“Sebelum ini ada kumpulan tabligh daripada Bangladesh yang datang ke kampung saya untuk menyertai mereka. Cara mereka membuatkan hati saya tersentuh dan mengmabil keputusan menyertai mereka apabila mempunyai waktu terluang.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu terlalu ekstim sehingga membuatkan orang salah faham. Maklum sahaja saya berada dalam industri hiburan tapi pada masa sama saya mahu berubah ke arah kebaikan,” katanya.

Dalam pada itu, Niezam berkata dia mahu membuat perubahan dalam hidup dan keadaan kesihatan ibunya yang kurang baik membuatkan dia sedar untuk memperbaiki diri.

“Saya tak baik, jadi saya nak buat perkara baik. Situasi yang berlaku pada dunia ketika ini juga membuatkan saya terfikir kita tidak lama di dunia ini.

“Apabila ada satu turning point berlaku dalam hidup, saya tak boleh lagi mengikut kehendak diri sebaliknya perlu lakukan apa-apa kerana Allah,” katanya.