fbpx

Niat Suci Nidzam Jamil Jadi Teladan

Siapa yang tidak kenal dengan bekas permain bola sepak negara iaitu Nidzam Jamil yang sentiasa menjadi perhatian apabila beraksi di padang.

Bukan sahaja mempunyai skill yang hebat dalam menentang pihak lawan, Nidzam juga mempunyai semangat yang kuat dalam membentuk kerjayanya sebagai pemain bola sepak yang tersohor.

Selain pernah mewakili PKNS FC, Negeri Sembilan FC dan Proton FC, Nidzam juga pernah mewakil Selangor FC di mana ia memulakan keriernya sebagai pemain bola sepak pada usia 18 tahun di skuad Piala Presiden Selangor.

Akibat beberapa masalah yang dialaminya Nidzam terpaksa berhenti sebagai pemain bola sepak.

Namun semangat yang menebal dalam bidang bola sepak dan niatnya yang tulus ikhlas dalam membentuk sepasukan bola sepak yang ingin dikenali suatu masa nanti, Nidzam beralih menjadi seorang jurulatih pasukan bola sepak pada usia 32.

Bukan itu sahaja, Nidzam juga pernah dianugerahkan jurulatih termuda di Malaysia. Ini juga sebagai membuktikan semangatnya yang utuh terhadap sukan kegilaan kaum lelaki ini.

Menarik lagi ini juga lambang kesetiaan seorang adik kepada arwah abangnya iaitu Zaid Jamil yang meninggal dunia akibat terlibat dalam sebuah kemalangan pada 1994 ketika dirinya berada di kemuncak kerjaya pada usia 27 tahun.

Zaid yang merupakan permaian pertahanan kebangsaan suatu masa lalu terkenal dengan corak permainan yang konsisten dan combative.

Sebagai membuktikan semangat kesukanan yang tinggi dan pergorbanan seorang adik terhadap abangnya demi mengejar cita-cita yang tinggi itu, Nidzam tekad dalam membentuk sebuah pasukan yang penuh dengan semangat disiplin yang tinggi.

Niatnya dalam membangunkan sebuah pasukan memerlukan banyak pergorbanan yang demi mengejar cita-citanya. Bak kata perpatah ‘Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.’

Pemergian abangnya dalam sukan bola sepak memberi kesan yang mendalam terhadapnya. Jadi demi semangat yang tinggi dalam diri Nidzam membuatkan hatinya berkobar-kobar dalam mendidik anak buahnya untuk menjadikan mereka sebagai pemainan yang mempunyai prestasi yang baik apabila beraksi.

Video yang bakal kami kongsikan ini merupakan sebuah kisah benar daripada kisah dua adik beradik ini yang mempunyai #NiatBersama dalam melahirkan rasa cinta mereka terhadap sukan bola sepak.

Mampukah Nidzam membawa pasukan mudanya ke pentas kegemilangan? Selami #NiatBersama menerusi video pendek #Nawaitu ini.

Video yang menyentuh jiwa tajaan Digi ini membolehkan kita berfikir dengan lebih dalam maksud permulaan kerja yang di mulakan dengan niat.

Tidak dapat di nafikan lagi kisah mereka ini wajib di jadikan teladan dalam melalukan sesuatu perkara. Niat yang suci haruslah didahulukan barulah setiap perkara yang anda lakukan itu memperolehi kerjayaan.

Setiap perkerjaan yang dilakukan harus dimulakan dengan niat yang baik serta disusuli dengan sebuah pengorbanan yang tinggi.

Apabila anda meletakkan kedua-dua sifat ini dalam diri barulah anda mampu mencapai kerjayaan yang diluar jangkaan.

Di sini kami kongsikan dengan anda niat dan pengorbanan sebenar Nidzam Jamil dalam bidang bola sepak. Hanya dengan nawaitu yang ikhlas mampu membawa dirinya berjaya sehingga dikenali ramai.