Alhamdulillah. Semakin hari kami nampak semakin dekat legenda rock Malaysia, Amy Search kepada hal ehwal keagamaan.

Baru-baru ini, ada pihak menjemput beliau untuk melancarkan sebuah produk berunsur ilmu keagamaan & ini satu bukti yang niat Amy Search memperjuangkan Islam di’hargai semua pihak.


Walaupun bergelar bintang rock di’atas pentas, namun Amy Search menyimpan sebuah hasrat besar untuk membina sebuah sekolah tahfiz di Johor.

Ilham & niat murni itu timbul ketika beliau menziarahi sebuah bukit ketika menunaikan ibadat haji tahun lalu.

“Ketika mendaki bukit, saya bertanya-tanya arah mana tujuan saya nanti dan siapa diri saya serta untuk apa Allah kurniakan saya dengan bakat yang ada ini”

Di’harapkan pelaburan Amy Search dalam pembinaan sekolah tahfiz ini menjadi contoh untuk semua orang yang kita hidup bukan untuk kerja & berhibur semata. (Sumber: mStar Online)