Sejak semalam hangat diperkatakan apabila isteri kepada penyanyi Mawi iaitu Ekin meluahkan rasa terkejut dengan harga yang dikenakan sebuah kedai makan makanan laut di Johor Bahru.
Menerusi perkongsian di Instagram, Ekin berkata dia hanya memesan dua ekor ikan dan beberapa menu makanan laut lain. Namun terkejut selepas melihat resit harga yang dikenakan kedai tersebut berjumlah RM1,260.
BACA: Kutipan Filem RM12 Juta Tapi Masih Belum Balik Modal, Mawi Perjelas Sebabnya
Sementara itu, pemilik kedai makan berkenaan dilihat memuat naik video menjelaskan mengenai perkara tersebut mengapa dicaj dengan harga RM1,260.
Menurutnya, ikan yang dipesan bukan dua ekor sahaja dan banyak makanan laut lain yang diminta serta ianya untuk 20 orang makan.
Memetik MalaysiaKini, Ekin mejelaskan niat asalnya untuk membantu pemilik kedai berkenaan kerana dilihat tiada pelanggan pada ketika itu. Namun, Ekin tidak menyangka keprihatinannya itu boleh mengakibatkan timbul isu tidak diingini.
“Pada awal, kami ingin makan di kedai sebelah, namun hajat tak kesampaian kerana makanan lautnya sudah habis. Sewaktu melintasi sebuah kedai lain, seorang makcik melambai-lambai dan memanggil kami untuk makan di kedainya. Kebetulan, kedai tersebut tiada pelanggan pada waktu itu.
“Disebabkan meletakkan kepercayaan sepenuhnya, makanan yang ditimbang pun kami tak tengok berapa beratnya sebab niat asal nak tolong dia berniaga,” katanya.
Dalam pada itu, Ekin berkata dia tidak berpuas hati terhadap resit dikeluarkan kerana ia didakwa berbeza daripada bil yang asal yang diterima sebelum ini dan ika peniaga tersebut telus mereka sepatutnya menjelaskan secara terperinci hidangan yang disediakan apabila diminta.
“Saya dan Mawi amat keliru sewaktu terima resit. Kami ada meminta penjelasan tapi kemudian ia dijawab acuh tak acuh oleh pemilik kedai ketika itu.
“Resit malam tadi yang dijelaskan pada klip video dimuat naik di media sosial pula tak sama dengan yang diberikan pada hari kami makan di kedai itu. Resit asal tiada penjelasan terperinci.
“Jika peniaga itu menjelaskan lebih terperinci misalnya makanan yang diambil mengikut kilogram, sudah tentu takkan timbul isu kerana kami akan faham kerana memang kami pun nak belanja keluarga,” katanya.
Kata Ekin lagi, dia turut menafikan 20 orang ahli keluarganya makan di kedai tersebut sebaliknya hanya 16 orang termasuk bayi dan kanak-kanak.